4.17.2012

peribahasa kacang

Bagai kacang lupakan kulit
Maksud: orang yang lupa asal usul setelah mendapat keselesaan atau kesenangan hidup.

pantun buah bacang

buah bacang buah kuini,
masak sebiji dalam daun,
mengapa begini hatiku ini,
habis bulan berganti tahun.

4.16.2012

pantun tulang ikan

Anak ikan dimakan ikan,
Tulang di mana hendak longgokkan,
Pandai makan pandai bersimpan,
Rahsia jangan awak tunjukkan.



peribahasa aur dan tebing

Bagaikan aur dengan tebing
Maksud: Hubungan rapat antara satu sama lain dan saling memerlukan.

peribahasa lembu

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud: Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain.

pantun buah jering

Buah jering di atas para,
Diambil budak sambil berlari,
Keringlah laut tanah Melaka,
Barulah saya mungkirkan janji.

pantun ikan puyu

Puyu puyu konon namanya,
Didalam kolam konon namanya,
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi baiknya.

4.03.2012

peribahasa buluh

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Maksud: Mendidik anak biarlah sejak kecil.

peribahasa hujan emas

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik di negeri sendiri.
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan dan kemakmuran di negara orang, di hati negara sendiri lebih baik.

peribahasa arang

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang.
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, kerjakan ia sehingga berjaya.

peribahasa air

Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.


4.02.2012

peribahasa perahu


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

4.01.2012

pantun halia


Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akhirat sungguh tuju pedoman