3.20.2012

pantun daun pegaga

pergi ke hutan mengutip pegaga,
pegaga tumbuh di dalam paya,
hendak lari mulut naga,
termasuk pula ke mulut buaya.

pantun senyum

buat baik berpada-pada,
takut ada terhutang budi,
walau senyum suatu pahala,
jangan sampai disalah erti.

pantun burung

merbah bukan sebarang merbah,
merbah bersarang di rumpun buluh,
sembah bukan sebarang sembah,
sembah menyusun jari sepuluh.

3.19.2012

pantun piatu

apa merayap di tengah sawah,
anak kepiting di celah batu,
apa diharap kepada saya,
saya yang miskin lagi piatu.


  

pantun kelip-kelip

kelip-kelip ku sangka api,
kalau api mana sumbunya,
hilang ghaib kusangka mati,
kalau mati mana kuburnya.

pantun padi

tuai padi antara masak,
elok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.

pantun limau

limau manis dimakan manis,
manis sekali rasa isinya,
dilihat manis dipandang manis,
manis sekali hati budinya.

pantun angsa

anak angsa mati lemas,
mati lemas di air masin,
hilang bahasa kerana emas,
hilang budi kerana miskin.

pantun beruk

anak beruk di tepi pantai,
pandai melompat pandai berlari,
biar buruk kain dipakai,
asal hidup pandai berbudi.



pantun pinggan retak

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak hendak,
saya pun tak ingin.



pantun pisang

pisang emas dibawa berlayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh ku bayar,
hutang budi ku bawa mati.

pantun saga

yang baik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.

pantun ubi

banyak ubi perkara ubi,
ubi keledek ditanam orang,
bayang budi perkara budi,
budi yang baik dikenang orang.